Tuesday, October 5, 2010 PEMINANGANNN PUTERIII GUNUNGGGG LEDANGGGGG !

Tema

Kesetiaan rakyat dan keakuran mereka pada pemerintah Sultan.

Persoalan

1) Kehendak peribadi yang menyusahkan orang lain.

Dalam prosa ini, ia terbukti apabila Sultan memerintah Tun Mamat dan Laksamana Sang Setia untuk mendaki Gunung Ledang untuk mencari Puteri Gunung Ledang supaya dapat meminangnya. Dalam perjalanan untuk mencari Puteri, mereka telah menghadapi pelbagai cabaran dan melihat perkara-perkara yang luarbiasa.

2) Kesungguhan dalam melaksanakan tugas.

Tun Mamat dan Laksamana Sang Setia bersungguh-sungguh dalam mendaki Gunung Ledang untuk mencari Puteri Gunung Ledang.

3) Penolakan peminganan secara halus.

Puteri Gunung Ledang menolak peminangan Sultan secara halus dengan memberikan beberapa syarat yang sukar untuk ditetapi.

4) Kasih sayang seorang ayah yang menitikberatkan anaknya lebih daripada dirinya sendiri.

Puteri Gunung Ledang memberi syarat bahawa Sultan harus memberikannya semangkuk darah anaknya. Oleh kerana syarat ini, Sultan membatalkan peminangannya.

Latar

Latar tempat bagi cerita ini adalah di negeri Melaka, di Gunung Ledang.

Latar masa adalah pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (akhir abad ke-15 dan awal abad ke-16)

Latar masyarakat adalah masyarakat feudal-sistem pemerintahan beraja (masyarakat yang taat perintah raja.)

Watak

Sultan Mahmud:

-Sultan Melaka

-berdukacita setelah peninggalan isterinya

-ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang

-mementingkan diri sendiri

-sanggup meyusahkan rakyat semata-mata untuk mengahwini

Puteri Gunung Ledang:

-menetap di Gunung Ledang


-hormat kepada Sultan

-tidak bertindak keras terhadap Sultan

-bijak

Tun Mamat:

-taat kepada perintah Sultan

-tidak berputus asa untuk mencari Puteri Gunung Ledang

Nilai

1) Tanggungjawab

Sultan Mahmud terus membatalkan peminangannya apabila diberi syarat oleh Puteri Gunung Ledang untuk memberikannya semangkuk darah anaknya. Ini menunjukkan dia amat mementingkan anaknya.

2) Bertindak bijak bagi menangani masalah

Puteri Gunung Ledang tidak bertindak secara langsung apabila beliau menolak peminangan Sultan Mahmud. Malah, dia memberikan syarat-syarat yang sukar untuk ditetapkan kepada Sultan supaya peminangan tersebut dapat dibatalkan.

3) Pengawalan diri

Puteri Gunung Ledang membuktikan ketaatannya kepada Sultan Mahmud apabila beliau tidak bertindak secara kasar dalam keinginan untuk menolak peminangan Sultan Mahmud. Oleh itu, dia bijak menjaga perasannya sendiri dan juga perasaan Sultan Mahmud.

Gaya bahasa

1) Bahasa istana

- tuanku (ms 30)

-beta (ms 31)

-hamba (ms 32)

-laksamana (ms 32)

-tuan puteri (ms 32)

2) Unsur perulangan frasa

- ada yang seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair….(ms 31)

3) Simile

-seperti orang bersiul (31)

-seperti orang berbangsi (31)

-seperti orang berbait (31)

-seperti orang berseloka (31)

4) Pantun (ms 31)

Sana sini gigi menimang

Hendak makan ikan dalam telaga

Lagi lemak telur berlinang

Sisiknya lekat kepada dada.

5) Ayat songsang.

- ” Telah sudah ia berkata-kata maka lenyaplah ia. ” (ms 32)


dan ia tertulis ; @ 1:54 PM



Tema
Kejayaan menangani masalah berdasarkan nasib yang baik.

Persoalan

1) Sikap tamak membawa padah

Juragan hendak merampas negeri Raja Indera Maya dengan sebuah pertaruhan yang dipercayai bahawa Juragan pasti menang. Raja Indera Maya telah pun menyahut cabaran lalu mendapatkan Pak Belalang seorang ahli nujum bagi mengatasi pertaruhan tersebut. Pak Belalang berjaya mengenal pasti jantina anak-anak itik yang baharu menetas dengan tepat. Maka, Juragan mengaku tewas dalam pertaruhannya. Sikap Juragan yang tamak telah mengakibatkan penyerahan hartabendanya kepada Raja Indera Maya.

2) Kasih sayang suami terhadap isteri

Pada mulanya, hanya Juragan sahaja yang mengetahui cara bagi memperoleh jawapan yang tepat dalam pertaruhannya. Juragan telah bertekad untuk merahsiakan pengetahuannya agar kemenangan menyebelahinya. Namun, pujukan isterinya berjaya mengatasi tekadnya. Berdasarkan kasih sayangnya terhadap isterinya, Juragan memberitahu isterinya akan rahsia tersebut.

3) Tuhan membantu hambaNya

Pak Belalang selalu berdoa kepada Allah dan memohon pertolonganNya untuk menyelesaikan masalahnya. Allah yang Maha Mendengar memperkenankan doa Pak Belalang lalu mengurniakannya ilham bagi memperolehi jawapan yang tepat.

4) Orang yang berbohong akan memperoleh kesukaran bagi mengekalkan penipuannya.

Pak Belalang telah menjadi seorang ahli nujum berdasarkan sebuah tipu helah yang dirancang olehnya. Ini telah mengakibatkan Raja Indera Maya untuk memerintahkan Pak Belalang bagi mencari jawapan yang benar demi memenangi pertaruhan Juragan. Pak Belalang tidak tahu cara bagi mengekalkan penipuannya. Dia khuatir jikalau muslihatnya akan terbongkar. Dia hanya mampu menyerahkan nasib dirinya ke tangan Tuhan.

Gaya Bahasa

Bahasa Istana
-Beta
-Tuanku
-Patik
-Adinda
-Kakanda
-Baginda
-daulat
-ke bawah duli
-menteri
-hulubalang
-sida-sida
-biduanda
-juragan
-dayang-dayang
-bentara
Bahasa Melayu lama
-Hatta
-Syahadan
-titah
-seraya
-sahaya
-fasal
-sebermula
-laki isteri
-sarwa

Nilai

-Berkeyakinan

Juragan dan Raja Indera Maya masing-masing berkeyakinan tinggi bahawa masing-masing akan memenangi pertaruhan tersebut.

-Amanah

Juragan bersikap jujur. Dia menerima kekalahan dan tidak menyembunyikan kebenaran.

-Keberanian

Pak Belalang berani mendekati kapal Juragan secara senyap. Raja Indera Maya berani menyahut cabaran Juragan.

-Berhati-hati

Juragan tidak bersikap berhati-hati hingga dia membocorkan rahsianya.

Watak:
Pak Belalang

-dipercayai seorang ahli nujum

-beristeri, mempunyai satu anak

-pandai bermuslihat

-gigih berusaha untuk menyelesaikan masalah raja

-selalu mengingati Allah

Raja Indera Maya

-pemerintah sebuah negeri

-Berani menyahut cabaran

Juragan

-Peniaga yang tamak

-beristeri

-bersikap amanah

-sayang akan isterinya

Latar

Masa: Zaman pemerintahan raja

Tempat: Istana raja, Kapal Juragan, Rumah Pak Belalang

Masyarakat:

Raja, menteri, rakyat

Rakyat patuh perintah raja

Percaya akan kuasa menilik


dan ia tertulis ; @ 1:50 PM


Tuesday, April 13, 2010 Lorong Engku Aman. :D

a.

Tema bagi sajak 'Lorong Engku Aman' hasil karya Masuri S.N ialah pengubahsuaian dan kemodenan yang dilaksanakan di atas sebatang lorong biasa di mana kesempurnaannya dulu menjadi kenangan manis si penulis.

b.

Pembangunan pencakar langit telah bertapak di Lorong Engku Aman. Pada suatu ketika, Lorong Engku Aman merupakan lorong biasa, suci daripada sebarang unsur kemodenan. Ini dapat dilihat daripada :

"Zaman-zaman muka yang segar
Perumahan yang tinggi mencakar" [Rangkap 1, Baris 3 dan 4]

Segalanya telah berubah. Kemodenan telah mengambil tempatnya.

Rancangan keluarga juga merupakan antara perubahan yang berlaku pada Lorong Engku Aman. Dahulu, ia berbeza. Ia dapat dilihat daripada :

"Anak rancangan keluarga
Dua cukup sempurna" [Rangkap 2, Baris 3 dan 4]

Rancangan keluarga yang tidak wujud dahulu, merupakan salah satu perubahan yang berlaku pada Lorong Engku Aman.

c.

Seperti yang dinyatakan di dalam sajak 'Lorong Engku Aman' ini, penyajak telah meluahkan keprihatinannya semenjak 'Kau menerima kemajuan'.

Estet-estet perumahan telah mengganti tempat asal lorong itu dan ini menjadi keprihatinan penyajak. Tempat terletaknya kenangan pernyajak telah menjadi mangsa kemodenan. Ini dapat dilihat daripada :

"Kuabadikan dalam kenangan
Zaman-zaman muka yang segar
Perumahan yang tinggi mencakar" [Rangkap 1, Baris 2, 3 dan 4]

Semakin hilang makna dan kenangan pada Lorong Engku Aman.

Penghuni-penghuni terlalu sibuk zama sekarang, sehingga dapat mengancam pertalian kejiranan. Mereka terlalu sibuk sehingga tidak menegur sapa. Ini terbukti daripada :

"Bicara tak bersuara
Bertemu cukup angguk
Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara" [Rangkap 3]

Ramai orang zaman sekarang masing-masing taksub dengan urusan-urusan dunia sehingga ia menimbulkan keprihatinan penyajak.

Terlalu mengikut arus komodenan, berapa anak uyang diingini, juga dirancang. Padahal, dahulu, ia bukan seperti sedemikian, sudah tidak ramai anak-anak lagi. Ia dapat dilihat daripada :

"Anak-anak berkejaran di menara awan..
Anak rancangan keluarga
Dua cukup sempurna." [Rangkap 2, Baris 1, 3 dan 4]

Semenjak "Kau menerima kemajuan" anak juga merancang hingga menurunkan kadar kelahiran ke dua, berbeza dari dulu dan ini mencetuskan keprihatinan penyajak.

Hidup sudah diisi pelbagai unsur kemodenan, sehingga mereka tidak terikat kepada adat. Adat sudah tidak mempunyai tempat. Ia dapat dilihat daripada :

"Adat yang menjerat
Di sini tak mendapat tempat." [Rangkap 4, Baris 3 dan 4]

Adat keturunan sudah menghilang. Ini membangkitkan keprihatinan penyajak.


dan ia tertulis ; @ 12:33 PM


Thursday, March 25, 2010 Orkidnya Sudah Menjadi. Analisis Sastera.

(a) Huraikan watak Jamal sebagai seorang ayah sepertimana yang dipaparkan dalam petikan cerpen ini. [12 markah]

"Orkidnya Sudah Menjadi" merupakan karya hasil Khadijah Hashim yang diterbitkan dalam buku Kasih Entah Di Mana pada tahun 2003. Dalam cerpen ini, terdapat banyak watak - Jamal, Asiah, Aliza, Adli dan Amin. Jamal, merupakan seorang ayah dalam cerpen ini.

Jamal merupakan bapa kepada Adli dan Aliza, dan suami kepada Asiah, yang tidak bertanggungjawab. Sungguhpun Aliza gagal dalam banyak mata pelajaran, ini adalah kerana ayahnya tidak membelikan buku-buku untuk Aliza gunakan untuk belajar. Ini dapat dilihat daripada:

"Buku kira-kira Aliza ayah belum beli. "

Ini menunjukkan bahawa Jamal langsung tidak mempedulikan pelajaran anak-anaknya dan ini merupakan tanggungjawabnya, yang tidak terlaksana.

Selanjutnya, Jamal juga merupakan seorang yang bengis. Biarpun Adli sudah terkecut hatinya, Jamal menengking dengan lantangnya sehingga terlempar barang. Ini terbukti daripada:

" "Ayah tak mahu sain, " kata Jamal lalu melemparkan buku kecil itu ke tanah. "

Ini membuktikan bahawa Jamal terlalu bengis sehingga dia tidak mahu menandatangani Buku Penyata Kemajuan Adli malah melemparkannya ke tanah.

Bertambah kepada watak yang disebutkan tadi, Jamal juga seorang yang tidak memikirkan perasaan orang lain. Perkataan 'bodoh' yang digunakan sebagai sindiran pasti menyinggung perasaan Adli kerana ketajaman makna perkataan itu. Ini dapat dilihat daripada:

"Apa nak jadi ni? Bodoh. Banyak main sahaja?"

Secara amnya, perkataan ini agak pedas, namun ia tetap digunakan kepada Adli. Sedar atau tidak sedar, Jamal telah mendoakan Adli dan ini membuktikan bahawa dia tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Seterusnya, Jamal juga seorang yang panas baran. Ketika Aliza cuba membela dirinya dan menegur kesalahan ayahnya itu, kemarahan Jamal semakin menjadi-jadi. Ini dapat dilihat daripada:

" "Diam! Kecik-kecik dah pandai menjawab, " sembur Jamal dengan keras. "

Biarpun Aliza berniat untuk membela diri dan mempersoalkan tanggungjawab ayahnya, Jamal terus bersemburkan kata-katanya dengan keras hanya kerana dia tidak mahu mengaku kesalahannya dan tidak menerima anaknya membangkang percakapannya. Ini membuktikan bahawa salah atau tidak, dia tetap seorang yang panas baran.

Walaubagaimanapun, Jamal tetap seorang ayah yang prihatin. Biarpun mempunyai keputusan yang kurang memuaskan, dia tetap sibuk memikirkan anak-anaknya itu. Ini terbukti daripada:

"Kemudian terhenti di situ. Sebak rasa dadanya."

Dia masih risau akan keputusan anak-anaknya di sebalik sikap tidak bertanggungjawab dan sering marah sehinggakan, buat pertama kalinya, keriangan isterinya tidak dapat dirasakan dirinya seperti hari-hari lain sebelumnya.

(b) Asiah merasa girang dan senang hati terhadap orkid yang ditanamnya. Dia amat puas akan hasil tanamannya yang mula menjadi. Ini dapat dilihat daripada:

" "Orkid-orkid kita dah mula nak menjadi nampaknya, " ulang Asiah lagi. Masih tersenyum. Masih riang gembira."

Keriangan hatinya terbukti kerana dia tidak putus-putus mengulangi bahawa orkid-orkidnya telah menguntum sehingga suaminya muram pun, dia hanya menegur sedikit lalu meneruskan meluahkan perasaan gembiranya mengenai pertumbuhan tanamannya itu.

Dia melayani tanamannya itu dengan penuh kasih sayang dan membelainya seperti seorang anak yang harus dijaga. Ini dapat dilihat daripada:

"Asiah mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahaja."

Dia bagaikan ibu, yang memelihara tanamannya dengan teliti dan begitu gembira biarpun baru menguntum, sebagaimana seorang ibu menjaga anak dan keriangannya melihat anak mula berjalan.

(c) Jamal mengungkapkan bahawa anak-anaknya tidak menjadi kerana kesal dan kecewa atas keputusan sekolah mereka yang tidak memuaskan. Pastinya seorang bapa mahupun ibu ingin melihat anak-anaknya berjaya biarpun hanya dalam bidang akademik sekalipun. Ini dapat dilihat daripada:

"Tiba-tiba sahaja dia ternampak-nampak akan tulisan-tulisan yang merah-merah di buku kecil anaknya tadi. Dia kecewa dan kesal sekali."

Mana ada orang tua yang gembira melihat kegagalan anak. Tentunya, Jamal kecewa.

Dari segi perangai, Jamal tidak percaya anak-anaknya berani melawan kata. Sememangnya, ia biadap. Ia dapat dilihat daripada:

" "Diam! Kecik-kecik dah pandai menjawab." sembur Jamal dengan keras. "

Bukan hanya anak-anaknya gagal dalam bidang akademik, malah mereka tidak beradab baik seperti yang diingini Jamal.

Untuk Jamal, orkid-orkid isterinya dapat perlahan-lahan menguntum, tetapi dia sudah berhenti untuk menaruh harapan bahawa anak-anaknya dapat memperbaiki diri, umpama orkid-orkid itu. Ia tertera di:

"Banyak yang merah" dan "Banyak merah" yang diulangi.

Mereka bukan hanya gagal dalam satu tetapi banyak mata pelajaran. Dia tidak dapat menahan perasaan hampa dan kecewanya.

Biarpun Jamal mempunyai dua anak, kedua-duanya telah gagal dan dia lebih kecewa dengan kenyataan itu. Satu pun anaknya tidak dapat membuatnya gembira. Ia dapat dilihat daripada:
"Apa nak jadi ni?"
"Ini pun satu."

Dia telah dihampakan lagi kerana kedua-dua sekali anak-anaknya tidak mencapai kejayaan.

:D


dan ia tertulis ; @ 8:56 PM


Monday, March 22, 2010

maaf. kertas saya tertinggal di sekolah.


dan ia tertulis ; @ 8:11 PM


tentang saya ;

Nurul 'Amirah bte Arifin.
16.
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang.
4M2. :D
Band.



kekawan saya ;
Cikgu Manaf

Allisa&Syaz&Sarah
Azlinda
Asyur
Dhiyyah
Khai
Shalinah
Syafiqah
yang dulu ;

March 2010
April 2010
October 2010



katakanlah ;